Profile

Hi Saya wendy Alum. Saya berumur 23 tahun. Saya anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik. Saya memang orang Pakan, Sarawak. Saya akan menceritakan kisah kehidupan saya selama saya ada di dunia ini. Dari saya kecik sampailah umur saya sekarang. Masa saya di kandungkan oleh ibu saya, memang saya dijangka Lahir menjadi lelaki. Tetapi masa kelahiran saya, saya anak perempuan. Masa itu juga ada kazen kepada mak saya lahirkan baby lelaki. Saya ingin ditukar tetapi Datuk saya tidak mahu. Saya memamg dijaga oleh datuk sejak dari kecil lagi. Saya tinggal dikampung bersama datuk dengan nenek. Saya di lahirkan dalam keluarga yang sedarhana.Mak saya bekerja sebagai Cikgu Tadika. Ayah saya pembantu am Jabatan Penerangan. Kami 5 orang adik beradik tinggal bersama kazen saya sebelah mak dari kecik lagi. Ada ada nenek sebelah mak yang lahirkan mak & ada nenek yang ambik mak jadi anak angkat. Saya jenis yang keras kepala & kasar. Saya biasa ikut nenek dan datuk pergi ke kebun. Say alebih lask berbanding adik beradik saya yang lain. Saya suka pergi kebun & bercucuk tanam.
Pada tahun 2000 saya kehilangan nenek angkat sebelah mak. Masa itu malam saya dan kakak sulung saya pulang ke kampung kerana hujung minggu. Saya tidor sebelah nenek saya. Saya tengok nenek saya seperti orang tersedak makan. Saya berlari ketakutan ke bilik hujung adik kepada nenek saya kerana takut. Saya tidak pulang ke bilik kerana takut. Sehingga mak saya datng jemput saya ke bilik nenek.  

No comments:

Post a Comment