MyDreamworld

Rumah idaman saya




Kereta


Toyota Hilux merupakan sebuah trak pikap empat pintu (double cab) terlaris dari Toyota dan menjadi pilihan kebanyakan peminat kenderaan jenis lasak itu. Model 2.5G menawarkan spesifikasi paling tinggi tetapi tidak lama lagi Toyota akan melancarkan varian terbaru dengan spesifikasi yang lebih daripada sebelumnya.
Toyota Hilux varian 3.0G terbaru bakal hadir dengan enjin 3.0 liter automatik yang membekalkan kuasa sebanyak 163ps@3,400rpm dan tork 343Nm@1,400rpm, semuanya dengan bantuan enjin 1KD-FTV bersesaran 2,982cc bercas turbo. Model terbaru ini mempunyai berat sebanyak 1,920kg berbanding 1,865kg untuk model 2.5G. Walaupun lebih berat, kuasa kudanya 50 peratus lebih banyak daripada kuasa yang dihamburkan dari enjin varian 2.5G.
Spesifikasi model 3.0G ini dijangka masih mengekalkan spesifikasi sama seperti yang terdapat pada varian 2.5G tetapi terdapat beberapa penambahan baru seperti sistem kunci pintu auto dan port USB untuk pemain audio utama. Menurut maklumat daripada pihak UMW Toyota, harga pra-pelancarannya ketika ini ialah RM106,000.00 namun belum muktamad.
Harga sebenar dijangka diumumkan pada hari pelancaran nanti dan berkemungkinan lebih tinggi dari harga sekarang. Model ini dijangka menjadi pesaing utama kepada ‘Mother Trucker’ Nissan Navara. Nantikan pelancaran model ‘mewah’ Toyota Hilux 3.0G terbaru ini dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment